Pengacara TV Popular Dipecat, Dedah Dada Semasa Bersiaran Langsung


Pengacara stesen televisyen TurkiGozde Kansu dipecat selepas seorang 
jurucakap Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP) mengkritiknya kerana 
memakai baju berpotongan leher rendahdi televisyen. 

Huseyin Celik mengkritik pakaian penyampai tv itu ketika siaran program “Veliaht”
namun tidak menyebut namanya. 

Bagaimanapun, Huseyin berkata dia menganggap pakaian itu “ekstrim” kerana ia 
menonjolkan belahan dada. 


Berikutan kenyataan Huseyin, ia didedahkan bahawa pengacara itu ialah Gozde
Kansu, dan khabar angin tersebar dia telah dipecat. 

Penerbit program itu berkata Gozde mungkin tidak akan ambil bahagian dalam 
program minggu depan disebabkan “jadualnya yang sibuk.”

Pemecatan Gozde disahkan selepas itu. 

Huseyan berkata ia adalah hak asasinya untuk melontarkan pandangannya sebagai 
seorang individu, penonton dan ahli politik. 


KONGSI KEPADA RAKAN