Pasangan 'Melekat' Selepas Henjut di Dalam Laut


Sepasang kekasih Itali telah dikejarkan ke hospital apabila
kedua-duanya 'melekat' selepas melakukan seks di dalam
laut di wilayah Marche.

Akbar Il Mattino telah melaporkan pasangan tersebut yang 
sedang memadu asmara di sebuah pantai yang lengang dengan
pengunjung telah membuat keputusan untuk melakukan seks 
di dalam laut di Porto San Giorgio untuk membuktikan cinta 
mereka.

Namun begitu, kisah cinta mereka bertukar menjadi mimpi
ngeri apabila pasangan lelaki gagal menarik keluar 'anu'
yang melekat pada pada teman wanitanya akibat dari
sedutan air laut lapor akhbar tersebut.

Mereka terus berada di dalam laut sehinggalah disedari oleh
seorang wanita yang sedang bersiar-siar di tepi pantai 
tersebut dan kemudian memberikan mereka tuala selepas 
mereka berenang ke tepian.

Setelah doktor dipanggil, mereka di bawa ke wad kecemasan 
hospital terdekat. Wanita tersebut telah diberikan suntikan
yang selalu diberi kepada wanita mengandung dibahagian 
uterusnya bagi melepaskan 'anu' teman lelakinya yang terlekat.

Kejadian ini bukanlah kali pertama berlaku. Pada bulan Julai 
lalu, sepasang kekasih di Zimbabwe turut 'melekat' hampir 7 jam 
dan dileraikan oleh bapa kepada pasangan lelaki tersebut.

Awal tahun lalu, pasukan bomba di Sepanyol telah dipanggil
untuk menyelamatkan seorang wanita sepauh bogel yang 
terjatuh ke dalam lubang air sedalam 15 meter ketika melakukan 
hubungan seks.

KONGSI KEPADA RAKAN