Dalam keseronokan SS menghadirkan diri pada satu majlis hiburan baru-baru ini,
SS dikejutkan dengan cerita pasangan artis yang khabarnya tinggal sebumbung.
SS terkejut apabila mendengar cerita yang disampaikan seorang teman kerana tidak

pernah pula mendengar pasangan itu membuat pengumuman mereka kini hangat
menjalinkan hubungan cinta.
Sepanjang pengetahuan SS, hubungan pasangan artis itu memang rapat kerana
sama-sama terbabit dalam bidang seni, tetapi tidaklah sampai bercinta dan duduk

sebumbung sekali.
Apapun, SS tak berani hendak buruk sangka tanpa usul periksa. Maklumlah,
sekarang ini sudah banyak sangat 'pelanduk dua serupa'.
Nanti, kalau terus menuduh, SS bimbang akan jatuh fitnah pula. Apapun, kalau
benarlah pasangan ini bercinta, SS harap mereka cepat-cepat buat pengumuman
mengenainya.
Lagi bagus dan berkesan, jika mereka menghantar terus kad undangan perkahwinan.

Bukan apa, kalau sudah betul saling bercinta dan suka sama suka hendak tunggu
apa lagi.
Ditambah pula, perkara baik seperti mendirikan masjid ini memang dituntut dalam

agama. Apatah lagi, disebarkan segera untuk pengetahuan masyarakat. Barulah tidak
mengundang sebarang kisah sensasi atau gosip liar.Soseh