Terpengaruh dengan dakwaan dirinya disihir dan perlu dirawat, seorang wanita
berusia 42 tahun dirogol seorang lelaki di sebuah hotel di Kepong, di sini, ketika
mahu melakukan rawatan bagi membuang sial, Selasa lalu.
Difahamkan, mangsa yang dipengaruhi lelaki berusia 38 tahun yang mendakwa
mempunyai kebolehan membuang sial, bersetuju mengekorinya ke premis berkenaan
sebelum dirogol kononnya kaedah berkenaan mampu merawat mangsa.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa yang menyedari ditipu, membuat laporan
Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa yang menyedari ditipu, membuat laporan
di Balai Polis Kepong, di sini.
Menurut sumber, mangsa mengenali suspek kerana dia menyewa bilik di rumah mangsa
Menurut sumber, mangsa mengenali suspek kerana dia menyewa bilik di rumah mangsa
sejak April lalu.
“Suspek menyewa di bilik berkenaan dengan isterinya dan sejak tinggal di rumah
“Suspek menyewa di bilik berkenaan dengan isterinya dan sejak tinggal di rumah
mangsa lelaki terbabit sering mendakwa mangsa terkena sihir individu yang berdendam
dengannya.
“Pada mulanya mangsa tidak percaya namun akibat sering mendengar dakwaan itu,
mangsa menjadi takut,” katanya.
Sumber berkata, akibat takut mangsa bersetuju mengikut suspek ke sebuah hotel bagi
Sumber berkata, akibat takut mangsa bersetuju mengikut suspek ke sebuah hotel bagi
menjalani rawatan.
“Sebaik tiba di hotel, suspek merogol mangsa dan mendakwa kaedah itu mampu
“Sebaik tiba di hotel, suspek merogol mangsa dan mendakwa kaedah itu mampu
membuang sial dan sihir yang ada pada tubuhnya,” katanya.
Mangsa yang menyedari ditipu kemudian membuat laporan polis berhampiran
Mangsa yang menyedari ditipu kemudian membuat laporan polis berhampiran
kediamannya untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala
Lumpur, Khairi Arasa ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mengenai
kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan. – paapaada