Kemaluan Gadis Dipegang Ketika Tidur Dalam Keretapi


“Pada mulanya saya cuba abai namun beberapa minit kemudian tangan itu kembali 
menjalar ke atas tubuh saya,” kata seorang penumpang wanita yang menjadi mangsa
cabul di dalam koc tempat tidur Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), kelmarin.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Aishah, 26, berkata, kejadian berlaku ketika
dia tidur selepas kereta api bertolak dari dari Stesen Sentral Kuala Lumpur ke Singapura
jam 10.30 malam kelmarin.

“Saya sering membeli tiket untuk katil di bahagian bawah koc kerana ia lebih selesa 
dan memudahkan saya sepanjang perjalanan pulang ke kampung di Labis, Johor.

“Selepas 20 minit kereta api bergerak, seorang petugas KTMB masuk ke dalam koc 
untuk menjual makanan dan minumanKetika itulah saya menyedari seorang penumpang
lelaki di atas katil saya,” katanya.

Menurutnya, dia tidak mencurigai penumpang lelaki itu dan menyambung tidur selepas
selesai makan.“Namun pada jam 2 pagi, saya tersedar apabila terasa alat sulit saya 
diraba.Saya dapati ada tangan menyusup masuk dari celah langsir katil saya.

“Apabila menyedari saya terjaga, suspek segera menarik keluar tangannya.Walaupun 
terkejut dengan kejadian itu, namun saya membuat keputusan mengabaikannya,” katanya.

Dia bagaimanapun terkejut apabila tangan itu kembali muncul dari celah langsir katil dan 
cuba meraba tubuhnya sekali lagi.“Akibatnya saya menjerit sambil menepis tangan itu.

Saya percaya ia dilakukan penumpang lelaki yang berada di atas katil saya,” katanya.
“Berang dengan perbuatan tidak senonoh individu itu, Aishah memaklumkan kejadian 
berkenaan kepada kakitangan KTMB menyebabkan suspek lelaki itu ditahan sebelum
diserahkan kepada polis sebaik tiba di Stesen Labis pada jam 5 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi 
berkata, seorang lelaki berusia 21 tahun berasal dari Kluang, Johor diserahkan kepada 
pihaknya oleh kakitangan KTMB selepas mendapat aduan daripada mangsa.

Katanya, pihaknya menjalankan siasatan lanjut berkaitan kes berkenaan termasuk 
menjalankan ujian air kencing ke atas suspek sama ada suspek di bawah pengaruh 
dadah atau sebaliknya ketika kejadian.
KONGSI KEPADA RAKAN