Beijing: Selepas berdiam diri lebih tiga bulan, pihak berkuasa Universiti Xiamen
di wilayah Fujian akhirnya mendedahkan hasil siasatan skandal seks membabitkan
seorang profesor sejarah.
Pada 14 Oktober lalu, universiti itu mendedahkan di blog mikronya bahawa Wu
Chunming dipecat dan dilucutkan jawatan sebagai profesor kerana melakukan
gangguan seksual terhadap seorang pelajar wanita dan mengadakan seks dengan
pelajar lain.
Pengumuman itu dibuat sehari selepas sebuah rancangan televisyen menyiarkan
Pengumuman itu dibuat sehari selepas sebuah rancangan televisyen menyiarkan
wanita mendakwa dirinya mangsa ketiga gangguan seksual Wu. Dia memberikan
butiran sensasi seperti “Wu mengeluarkan kondom dari ofisnya dan meminta saya
mengadakan seks dengannya.”
Dakwaan pertama terhadap Wu dimuat naik ke Internet awal Julai lalu oleh beberapa
Dakwaan pertama terhadap Wu dimuat naik ke Internet awal Julai lalu oleh beberapa
pelajar perempuan yang menuduhnya mencabul dan menggoda mereka supaya
melakukan seks.
Dua hari kemudian, Universiti Xiamen mengumumkan pasukan khas ditubuhkan
Dua hari kemudian, Universiti Xiamen mengumumkan pasukan khas ditubuhkan
untuk menyiasat kes itu manakala Wu dilarang buat sementara waktu daripada
mengajar, mendaftarkan atau menasihatkan pelajar sepanjang tempoh siasatan.
- Agensi