PADANG BESAR: Seorang lelaki bertindak rakus apabila sanggup merogol
adik perempuannya sendiri beberapa kali sejak Julai lalu menyebabkannya mengandung.
Malah, remaja perempuan berusia 15 tahun itu turut diugut supaya menutup mulut
berhubung kegiatan sumbang mahram yang berpunca akibat nafsu buas abangnya
berusia 21 tahun.
Namun, tindakan kejam abangnya itu terbongkar apabila ibu saudara gadis berkenaan
Namun, tindakan kejam abangnya itu terbongkar apabila ibu saudara gadis berkenaan
menyedari perubahan ke atas anak saudaranya yang kelihatan seperti orang mengandung
pada Sabtu lalu.
Difahamkan, mangsa yang tinggal bersama bapa dan suspek yang bekerja sendiri di
Difahamkan, mangsa yang tinggal bersama bapa dan suspek yang bekerja sendiri di
rumah mereka di Batu 18, Kaki Bukit, di sini, mendakwa dirogol berulang kali sehingga
mengandung tiga bulan.
Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros berkata, mangsa
Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros berkata, mangsa
dipercayai dirogol buat kali pertama oleh abang kandungnya sejak Julai lalu dan
perbuatan itu dilakukan berulang kali selepas itu.