Surat, India: Seorang bomoh ditangkap polis kerana disyaki merogol pesakit dengan
bantuan dua isterinya.
Polis Gujarat berkata, suspek dikenali sebagai Bhupat.
Menurut jurucakap polis, Bhupat Serta dua isterinya - Mona dan Rama - tinggal di
rumah sama di Amroli.“Mereka kini didakwa bersubahat merogol,” katanya.
Jurucakap polis berkenaan berkata, mangsa adalah seorang guru wanita yang bertemu
Jurucakap polis berkenaan berkata, mangsa adalah seorang guru wanita yang bertemu
Bhupat untuk mendapatkan bantuan mengesan bapanya yang hilang.
Apabila mengadu masalahnya, Bhupat berjanji membantu mangsa menggunakan kuasa
Apabila mengadu masalahnya, Bhupat berjanji membantu mangsa menggunakan kuasa
hikmatnya tetapi dengan syarat, guru terbabit mesti mengikut setiap arahan diberi.
Menurut jurucakap polis, mangsa mengadu menjadi pemuas nafsu Bhupat selama
Menurut jurucakap polis, mangsa mengadu menjadi pemuas nafsu Bhupat selama
empat hari.“Isteri Bhupat turut bersubahat dalam kes berkenaan.
“Mereka kemudian mengugut untuk membunuh mangsa jika kejadian berkenaan
“Mereka kemudian mengugut untuk membunuh mangsa jika kejadian berkenaan
dibocorkan kepada polis,” katanya, semalam.Pihak berkuasa kemudian menangkap
ketiga-tiga suspek selepas mangsa pergi menjalani pemeriksaan perubatan di hospital
berdekatan.
Di samping itu, polis yakin dapat menyabitkan kesalahan tertuduh kerana sudah
Di samping itu, polis yakin dapat menyabitkan kesalahan tertuduh kerana sudah
memperoleh bukti kukuh. - Agensi