Adegan Bikini, Tidur Atas Katil Dengan Fizz Fairus, Miera Sudah Minta Izin Ibu


Kontroversi yang mengaitkan dirinya kira-kira empat tahun lalu gara-gara gaun
labuh yang digayakan di ABPBH 2010 yang menampakkan sebahagian payudaranya
merupakan satu pengajaran besar buat pelakon Miera Liyana.

Impak isu tersebut, gadis berusia 21 tahun ini mengambil masa untuk kembali 
bangkit dan berdepan dengan umum. Malah dia pernah berjanji yang dia akan lebih 
berhati-hati dari segi penampilannya dan tidak akan berpakaian terlalu seksi lagi 
di masa akan datang.

Bagaimanapun, menerusi filem terbaru lakonannya berjudul 'Dendam Orang Mati',
Miera Liyana kemungkinan bakal berdepan dengan kritikan daripada segelintir
penonton ekoran beberapa lakonan 'beraninya'. Antaranya babak di kolam renang
yang memperlihatkan dia dalam keadaan berbikini serta adegan di atas katil 
bersama Fizz Fairuz

Mengulas mengenai perkara tersebut, Miera mengakui pada awalnya dia berat hati 
untuk melakonkan babak berkenaan. Namun selepas diyakinkan oleh pengarahnya
Jason Chong, Miera menyahut cabaran tersebut.

"Mulanya saya berat hati nak lakukan babak itu. Iyalah, cukuplah dengan insiden
baju dulu tu kan dan saya sebolehnya tak mahu lagi kontroversi. Tapi selepas 
diyakinkan oleh pengarah, saya ada kekuatan untuk melakukan babak tersebut. 
Misalnya untuk babak di kolam renang itu, pengarah beritahu saya yang babak itu 
dirakamkan dari jauh (wide shot). Hanya saya dan Fizz saja yang berada di kolam
sementara pengarah dan kru-kru lain hanya melihat dari atas bumbung.

"Saya tak rasa diri saya dieksploitasi. Saya anggap ia satu cabaran dan sebagai 
pelakon saya hanya menjalankan tanggungjawab saya seperti yang dikehendaki 
pengarah dan skrip", katanya ketika ditemui pada majlis previu 'Dendam Orang Mati'
bertempat di e@Curve, malam tadi.

Penerbit Eksekutif, Yusry Abdul Halim (paling kiri) bersama barisan pelakon 'Dendam
Orang Mati'.Penerbit Eksekutif, Yusry Abdul Halim (paling kiri) bersama barisan 
pelakon 'Dendam Orang Mati'.

Dalam filem terbitan Kru Studios itu, Miera memengang watak sebagai Min, isteri 
kepada Shahrul lakonan Fizz. Ini juga merupakan lakonan pertama kali Miera sebagai 
isteri. Namun dia tidak mempunyai masalah bergandingan degan Fizz memandang 
sebelum ni mereka pernah beberapa kali bekerjasama.

Begitupun, untuk babak panas itu sebagai langkah berjaga-jaga, kata Miera, dia akan
memaklumkan kepada ibunya yang juga merupakan pengurusnya sebelum memasuki 
set untuk adegan tersebut.

"Filem ini menjalani penggambaran dua tahun lalu, ketika saya berumur 19 tahun. 
Waktu itu saya masih baru dalam dunia lakonan. Dapat pula watak isteri, ia satu 
cabaran pada saya. Tapi saya tiada masalah berlakon dengan Fizz sebab kami pernah 
berkerjasama beberapakali sebelum ini. Lagipun saya dan Fizz sudah seperti adik dan
abang.

"Sepanjang di set pun, saya akan menghubungi ibu dahulu sebelum melakonkan
babak-babak 'daring' itu. Dan ibu selaku pengurus saya akan pastikan tiada adegan
yang keterlaluan dari segi lakonan saya. Dan lakonan itu pun banyak dilakukan
dengan teknik camera trick.

"Tapi apapun saya tak boleh menutup mulut orang. Untuk lakonan sebegitu, saya 
boleh katakan ia adalah lakonan paling 'daring saya dan biarlah ia jadi lakonan pertama 
dan terakhir saya untuk aksi seperti itu", katanya yang sudah bersedia dengan apa jua
kritikan.

'Dendam Orang Mati' diterajui oleh Lisa Surihani yang memengang watak sebagai 
Lena. Filem ini mengisahkan misteri Lena yang tersedar dari koma selama dua tahun 
dan hilang ingatan akibat kemalangan. Keadaan bertambah mengelirukan apabila
diperkenalkan kepada isteri baru Sharul, Min di falt lamanya di tingkat 4 yang kini 
menjadi tingkat 3A.

Lena mula mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku di flat tersebut ekoran berlakunya 
beberapa kejadian aneh dan menyeramkan. Gangguan seram tersebut sekaligus
memberi tekanan terhadap Lena yang terasa diabaikan oleh suaminya, Sharul yang 
berbelah bahagi antara isteri mudanya dan Lena.

Filem ini bakal menjengah seluruh pawagam tanah air mulai 23 Oktober 2014.

- mD
KONGSI KEPADA RAKAN