Video Polis Rogol Wanita Baru Habis Pantang


Tiga lelaki masing-masing merupakan anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam 
Malaysia (JPAM) dan RELA ditahan kerana disyaki merogol seorang wanita warga 
asing beberapa hari yang lepas.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 1 pagi, mangsa yang berusia 21 tahun dikatakan 
dipaksa melakukan hubungan seks dengan mereka jika mahu dilepaskan kerana 
kesalahan tiada dokumen pengenalan diri.

Berita di atas apabila dibaca mungkin dianggap satu kes terpencil namun apabila 
video memaparkan seorang saksi kejadian menceritakan apa sebenarnya berlaku 
pada hari tersebut menjadi viral ramai orang mula memperkatakan tentangnya.

Rata-rata yang menonton video ini mengutuk perlakuan manusia yang sepatutnya 
melindungi keselamatan negara ini.

Meski pun yang teraniaya adalah warga asing ia bukan sahaja melanggar undang-udang 
yang sepatutnya ditegakkan mereka malah perbuatan ini amat kejam kerana mangsa 
baru dua bulan melahirkan bayi. Sudahlah begitu, telefon bimbit dan wang RM60
wanita malang itu pun dicuri sekali!

KONGSI KEPADA RAKAN