[ Video ] KEJAM !!! Demi Masa Depan, Remaja Berkahwin Dengan Anjing


Seorang remaja perempuan mengahwini anjing dalam majlis besar-besaran dihadiri 
sekurang-kurangnya 70 orang semata-mata untuk ‘membuang sial’ yang dibawanya.

Mangli Munda, 18, bersetuju berbuat demikian selepas orang tua di kampungnya 
memberitahu ibu bapanya satu-satunya cara bagi mengelak remaja berkenaan membawa
kemusnahan kepada keluarga dan penduduk di situ.

Seorang pemandu membawa anjing liar dinamakan Sheru itu ke majlis berkenaan 
sebelum disambut meriah tetamu yang hadir.Mangli yang tidak pernah bersekolah
mengakui sedih terpaksa berkahwin dengan anjing itu, namun bersedia melakukan 
pengorbanan demi mengubah nasib dan masa depannya.

“Orang tua di kampung ini percaya perkara buruk akan berlaku jika saya berkahwin 
dengan lelaki buat masa ini. Memilih anjing sebagai pengantin bererti sial itu akan
diturunkan kepada haiwan berkenaan.

“Ini akan memastikan lelaki yang saya kahwini kelak bernasib baik dan panjang umur,” 
katanya.Bapanya, Sri Amnmunda bersetuju dengan pendapat orang kampung dan turut
mencarikan ‘pengantin lelaki’ untuk Mangli.

“Kami diarahkan mengadakan perkahwinan secepat mungkin untuk menghapuskan 
 sumpahan terhadap anak saya,” katanya.Percaya atau tidak ini bukan kali pertama 
 perkahwinan seumpama itu diadakan di kampung berkenaan.

“Ia juga dilakukan di kampung lain. Memang kami semua percaya dengan sumpahan 
 seperti itu,” kata Sri.Ibunya Seema Devi berkata, keluarganya membelanjakan wang 
 yang banyak untuk majlis berkenaan, selain memberi penghormatan penuh kepada 
 Sheru, sama seperti mana-mana pengantin lelaki.

Perkahwinan itu tidak memberi kesan terhadap kehidupan Mangli malah dia boleh 
berkahwin kelak tanpa perlu menceraikan ‘suaminya’ itu.“Saya diberitahu ramai gadis 
melakukan perkahwinan seperti ini dan mampu hidup bahagia selepas itu. Jadi saya 
juga boleh mengahwini lelaki idaman saya kelak,” katanya.Dia kini perlu menjaga 
haiwan berkenaan untuk beberapa bulan akan datang. – Ageni

KONGSI KEPADA RAKAN