Kuala Lumpur : Asalkan boleh dapat wang, suami tidak kisah isteri melakukan
urut ‘geli-geli’ dengan pelanggan, termasuk urutan badan ke badan (B2B).
Yang penting, tidak sampai melakukan hubungan seks.
Itu perjanjian lisan antara pasangan songsang terbabit bagi menambah pendapatan
keluarga, apatah lagi si isteri hanya suri rumah manakala suami tiada pendapatan tetap.
Namun di belakang suami, sebenarnya ada antara wanita berkenaan terlanjur ke bilik
tidur pelanggan apabila menawarkan khidmat urutan di rumah kenalan rapat.
Itu antara pengakuan suri rumah yang sanggup mencari nafkah dengan melakukan
urut berahi terhadap pelanggan dengan kebenaran suami semata-mata untuk
mendapatkan pulangan lumayan.
Aktiviti tidak bermoral itu dikesan Metro Ahad melalui perkenalan dengan seorang
wanita dikenali sebagai Suraya, 40, melalui sebuah laman web sosial, baru-baru ini.
-via Metro