Suami Dedah Raja Azmi 'Liar' Punca Rumahtangga Retak


KUALA LUMPUR, 28 SEPT 2014: Produser berkontroversi, Raja Azmi, 55, mengakui 
punca keretakan rumahtangganya adalah disebabkan dia tidak mendapatkan keizinanan
suaminya, Mohd Eddie Ghazali, 45, untuk keluar rumah.

Raja Azmi berkata demikian ketika diwawancara portal Murai berhubung isu keretakan
rumahtangganya itu.

Sejak wujudnya krisis tersebut, Raja Azmi turut mengakui bahawa dia sudah tidak lagi 
tinggal sebumbung dengan suaminya yang juga pemain bass kumpulan CRK sejak lebih 
lima minggu lalu.

Malah sehingga saat ini pun, dia masih lagi belum bertemu secara empat mata dengan 
Eddie untuk membincangkan mengenai masalah yang wujud dalam rumahtangga mereka.

Jelas Raja Azmi lagi, dia telah pun mengakui kesalahannya itu kepada Eddie, dan dia 
mengakui kesalahannya itu secara terbuka.

“Memang saya yang salah dalam hal ini, dan saya sudah pun memohon maaf dengan
Eddie. Dia juga telah menegur kesalahan saya tetapi cara Eddie menegur itu membuatkan
saya sedikit terluka dan saya juga tidak dapat menerimanya,” kata Raja Azmi kepada
murai.com.my

Untuk berita lanjut, tunggu laporan seterusnya dari Murai.

KONGSI KEPADA RAKAN