Suami 'Beriman' Yang Terlampau...

Kuala Lumpur: Niat seorang wanita untuk bersuamikan seorang lelaki yang beriman 
musnah sama sekali selepas mengetahui lelaki yang dikahwininya tiga tahun lalu terbabit dengan sebuah gerakan ajaran sesat seperti yang didedahkan laporan bersiri akhbar ini.

Wanita yang mahu dikenali sebagai Ika berusia 40-an itu tampil selepas membaca 
kisah sedih Azim dan Hajar yang masing-masing ditinggalkan isteri, anak, dan menantu
selepas aktif menganggotai satu ajaran sesat dari negara jiran. 

Menurut Ika, sebelum berkahwin lelaki berkenaan kerap dilihat bersolat, Tarawih 
dan pergi ke surau. “Namun, sebaik mengahwini saya, suami kemudian secara
perlahan-lahan memberitahu solat itu tidak perlu.

“Pada mulanya saya tersentak kerana didikan agama yang diterima sejak kecil 
menyatakan solat itu wajib dan sebagai tiang agama, manakala suami pula cuba 
mempengaruhi saya untuk memasuki ajaran agama baru,” katanya kepada 
Harian Metro.

KONGSI KEPADA RAKAN