Sewakan Tubuh Awek RM 5 Sejam Untuk Beli iPhone 6

Akibat terlalu terdesak untuk memiliki telefon iPhone 6 yang baru dilancarkan baru-baru
ini, seorang lelaki sanggup menyewa teman wanitanya dengan kadar RM5 sejam dalam 
usaha mengumpul wang bagi membeli gajet terbabit.

Bagi tujuan itu, Wei Chu, 25, sanggup mengangkat poster menawarkan teman wanitanya
untuk disewa di luar Universiti Songjiang, di Shanghai.

Mereka yang berminat boleh menyewa wanita itu, Xiao Ai, selama sehari dengan bayaran
RM26 atau RM263 bagi tempoh selama sebulan.

Namun dia menetapkan Xiao Ai hanya disewa bagi tujuan makan malam atau teman 
untuk belajar sahaja dan aktiviti seks tidak dibenarkan.

Dia mendakwa Xiao Ai bersetuju untuk mengambil bahagian dalam skim berkenaan dan 
mereka yang berminat boleh melihat biografi yang disediakan olehnya.

Kaedah `perniagaan’ yang dijalankan oleh Wei Chu ini merupakan satu langkah 
melampau untuk mendapatkan wang bagi membeli iPhone yang digunakan oleh 
sesetengah individu terdesak di dunia ini.

Minggu lepas, seorang lelaki Arab Saudi telah meminta abang iparnya menyediakan 
iPhone 6 sebagai hantaran perkahwinannya.

Tahun lepas, ketika iPhone 5 dilancarkan, sepasang suami isteri di China telah menjual 
bayi mereka yang baru lahir dalam usaha untuk membeli barang mewah termasuk telefon.


KONGSI KEPADA RAKAN