hubungan seks dengan adik perempuannya berusia 12 tahun, sejak setahun lalu.
Perbuatan tidak bermoral itu terbongkar selepas mangsa dihantar ke sebuah pusat
kebajikan kerana mengalami kemurungan sebelum menceritakan kejadian dia dirogol
kepada penjaga pusat berkenaan yang kemudian memberitahu ibu mangsa.
Berikutan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Kajang, di sini, sebelum remaja
lelaki itu ditahan kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi
berkata, remaja lelaki itu kini direman selama empat hari bermula semalam.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati mangsa mengakui dirogol abangnya itu sejak
setahun lalu.“Mangsa mendakwa abangnya akan mengajaknya untuk bermain
permainan ‘doktor-doktor’ sebelum merogolnya,” katanya.
Katanya, kejadian itu hanya disedari ibu mangsa selepas menghantar anak perempuannya
yang murung ke sebuah pusat kebajikan.
“Disebabkan kemurungan, penjaga di pusat kebajikan itu mula memujuk mangsa
menceritakan punca dia menyendiri sebelum mangsa memberitahu dia dirogol abangnya
sejak setahun lalu.
“Terkejut dengan dakwaan berkenaan, penjaga pusat kebajikan itu membawa mangsa
ke hospital sebelum doktor yang memeriksanya mengesahkan mangsa dirogol,”
kata penjagapusat kebajikan itu kemudian memaklumkan perkara menimpa kanak-kanak
terbabit kepada ibunya.
Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat penjaga pusat kebajikan terbabit dan ibu
mangsa untuk tindakan lanjut.Ab Rashid berkata, sebaik menerima laporan berhubung
kejadian itu, pihak berkuasa menahan remaja terbabit dan dia (suspek) akan direman
bagi membantu siasatan.Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 (b) Kanun
Keseksaan (KK)-webberita