Respon Tauke Jambu Kontroversi 2 Gambar Peluk Wanita Di Kelab Malam


Semalam, dua keping gambar pelawak Tauke Jambu memeluk seorang wanita seksi 
di kelab malam telah tersebar secara meluas di laman sosial dan blog hiburan.

Susulan itu, Tauke dikecam teruk peminat sehingga dirinya dilabel sebagai kaki 
perempuan. Lebih teruk, gambar daring tersebut turut dikaitkan sebagai punca 
penceraiannya dengan bekas isteri beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun, Tauke yang dihubungi portal ohbulan sebentar tadi memberitahu 
dua keping gambar yang tersebar itu adalah gambar lama sewaktu beliau masih aktif 
pergi ke kelab malam.

"Sebenarnya gambar itu gambar lama. Dah pernah keluar pun sebelum ini dalam
 internet, cuma kali ini lebih kecoh apabila masuk dalam banyak blog hiburan.

Saya akui memang saya ada di kelab tersebut bersama kawan-kawan selepas selesai 
sesi penggambaran. Tetapi, saya tidak kenal pun siapa wanita itu dan dia yang minta 
saya peluk.

Saya cuma menjaga hati peminat apabila meminta untuk bergambar bersama saya.
Jadi, saya rasa saya perlu lebih berhati-hatilah selepas ini supaya perkara ini tidak 
terjadi lagi.”


Dalam pada itu, Tauke mengakui sering ke kelab malam pada masa dulu namun 
menafikan tabiat tersebut sebagai punca perpisahan dengan bekas isteri. Katanya,
jodoh itu ketentuan Allah dan tiada siapa tahu berapa lama ia bertahan.

"Dulu memang saya kerap ke kelab malam, tapi sekarang saya dah tak pergi langsung. 
Malah, agak tidak wajar jika ada pihak yang mahu mengaitkan perkara ini kes perceraian
saya kerana isteri saya dulu memang akan sentiasa bersama saya 24 jam, saya pergi 
mana-mana pun akan ada dia.

Tapi nak buat macamana, jodoh itu ketentuan Allah SWT. Takpelah, bagi saya benda
yang dah lepas tu, biarlah lepas. Namun, saya juga tak nafikan yang kita tak boleh tutup
mulut orang. Bukan semua orang suka pada kita kan?”

Penulis harap kontroversi ini tidak lagi diperbesarkan kerana setiap manusia melakukan
kesilapan. Paling penting kita terus sokong industri lawak negara.

KONGSI KEPADA RAKAN