Punca Keretakan Rumahtangga Raja Azmi Dan Eddie CRK?


Sekitar Oktober 2013 lalu, perkahwinan Raja Azmi dan Mohd Eddie Ghazali mendapat 
perhatian ramai peminat selepas kisah percintaan mereka menjadi perbualan sepanjang 
tahun. Namun langit tidak cerah lama buat pasangan ini apabila ada berita kurang senang
didengari.

Bercakap kepada portal Murai hari ini, Raja Azmi mengakui yang beliau dan suaminya
itu sudah sebulan tidak tinggal bersama kerana terjadi salah faham antara mereka selain
turut mengakui masing masing kini lebih senang membawa haluan sendiri.

“Apa yang boleh saya katakan buat masa ini saya dengan Eddie sedang membawa 
haluan masing masing dan kami perlukan ruang untuk berfikir serta memperbaiki 
hubungan kami. Kenapa dan sebab apa perkara ini terjadi, saya tidak dapat menjelaskan 
dengan lebih lanjut.”

“Biarlah ia menjadi rahsia peribadi. Lagipun apa yang saya lakukan ini adalah demi 
menghormati pihak keluarga masing-masing. Selagi mampu bertahan, kami akan cuba bertahan serta berusaha sedaya upaya untuk perbaiki serta selamatkan rumahtangga
kami. Apapun saya reda dengan segala ketentuan Allah SWT.“


Dalam temubual yang sama, Raja Azmi turut berkata yang beliau sedih dengan apa yang
sedang berlaku kini dan sebolehnya tidak mahu penceraian terjadi namun jika ianya
tidak dapat dielakkan, beliau reda dengan semua ketentuan Tuhan.

“Apapun, kita ini hanya mampu merancang, tapi Allah SWT yang menentukan 
segalanya. Kalau Allah SWT sudah tentukan jodoh kami tidak panjang dan kalau jodoh
kami sudah cukup sampai di sini, saya reda.“

KONGSI KEPADA RAKAN