Kuala Lumpur: Seorang jurujual dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam
atas tiga pertuduhan merogol seorang gadis berusia 15 tahun, pada malam ambang
merdeka, minggu lalu.
Tertuduh, Muhammad Zulfiqa Zambry, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah
terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu selama tiga hari
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu selama tiga hari
berturut-turut bermula dari 30 Ogos jam 11 malam hingga 1 September jam 4 petang
di sebuah rumah di Kepong.
Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang
Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang
memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norazlin Mohamad Yusoff
Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norazlin Mohamad Yusoff
tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian menetapkan 10 Oktober ini untuk sebutan semula kes
Mahkamah kemudian menetapkan 10 Oktober ini untuk sebutan semula kes