Pasangan Kekasih Melarikan Diri Ketika Diserbu Pada Malam Ambang Merdeka Kantoi Tidak Memakai Seluar Dalam


Gara-gara mahu melarikan diri, sepasang kekasih cedera selepas terjatuh daripada 
bumbung sebuah hotel bajet di Padang Temusu, di sini, dalam Ops Ambang Merdeka
yang dijalankan Pejabat Agama Daerah Kuala Muda (PADKM), semalam.

Dalam serbuan jam 1.30 pagi, sepasukan anggota penguat kuasa PADKM yang 
membuat pemeriksaan di hotel berkenaan mendapati salah satu biliknya berkunci 
dari dalam.

Pegawai PADKM, Syeikh Alwi Othman berkata, anggota penguatkuasa mengetuk 
pintu bilik berkenaan beberapa kali, namun tiada jawapan.

“Bagaimanapun, anggota penguat kuasa terdengar bunyi seperti objek besar jatuh 
dari belakang hotel itu. Sebaik pintu bilik dipecahkan, anggota PADKM mendapati 
tingkap bilik terbuka dan menemui beg pakaian di atas tilam serta dua helai seluar
dalam tersangkut di sebalik pintu.

“Pemeriksaan di luar bilik mendapati wujud satu lubang dari bumbung belakang 
sebuah kedai di tepi hotel itu. Namun, selepas hampir setengah jam memeriksa, 
anggota penguat kuasa menemui pasangan terbabit bersembunyi di atas siling 
bumbung kedai itu.

“Pasangan berkenaan terkejut dan tidak sempat memakai seluar dalam sebelum 
melompat keluar melalui tingkap belakang hotel terbabit,” katanya selepas mengetuai 
operasi berkenaan, kelmarin.

Beliau berkata, remaja perempuan itu yang berusia 17 tahun adalah pelajar berasal 
dari Tawar, Baling manakala teman lelakinya bekerja sebagai pengawal keselamatan 
dan menetap di Kuala Ketil.

“Hasil soal siasat mendapati pasangan terbabit mengaku menyewa hotel itu dengan 
bayaran RM70 selepas pulang meraikan malam Ambang Merdeka di Pantai Merdeka.

KONGSI KEPADA RAKAN