Mahasiswi Tempatan Kantoi Selepas ‘Projek’


Seorang remaja perempuan yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian awam, 
bukan sahaja nyaris meringkuk di penjara, malah bakal berhadapan hukuman disingkir 
daripada universiti, apabila dia didapati bersalah oleh mahkamah atas tuduhan jenayah
syariah yang dilakukan bersama pasangannya.

Remaja terbabit, 19, dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun pagi semalam, 
atas tuduhan persediaan melakukan persetubuhan bersama pasangannya, seorang buruh, 
Mohd Saiful Mohd Nor, 24.

Pasangan ini didakwa mengikut Seksyen 29 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah
Takzir Negeri Terengganu 2001, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda
maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh ditahan sepasukan pegawai penguatkuasa syariah
(PPS) di sebuah bilik hotel, kira-kira jam 12.30 pagi, 6 ogos lalu.

Ketika serbuan dilakukan, pasangan lelaki yang didapati tidur dalam keadaan berselimut
atas katil hanya memakai ‘boxer’ manakala tertuduh wanita berkemban dengan tuala
tanpa memakai pakaian dalam.

Siasatan mendapati mereka bukan mahram.
Coli, seluar dalam wanita, seluar jeans serta tudung antara barang kes yang dirampas 
sebagai bahan bukti.Kedua-dua tertuduh bagaimanapun nyaris bermalam di tirai besi
apabila Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah memerintahkan mereka dikenakan hukuman 
denda RM2,700 atau penjara dua bulan.

Kedua-dua tertuduh yang berasal dari Felda Kerteh Tiga itu yang mengaku bersalah 
sebelum membuat rayuan agar diringankan hukuman akhirnya menjelaskan denda 
masing-masing.Pendakwaan dikendalikan oleh Pendakwaraya Syarie, Mustaffar Hamzah
manakala tertuduh tidak diwakili peguam.-via-paapaada.blogspot

KONGSI KEPADA RAKAN