Inilah Penjenayah Terseksi Di Dunia


KANADA: Stéphanie Boudoin secara tiba-tiba menjadi popular dan digelar ‘penjenayah
wanita paling seksi di dunia’ selepas sebuah akhbar di Montreal, Kanada menyiarkan 
gambarnya berbikini.

Stephanie ditangkap bulan lalu di Vicoriaville, Kanada, atas tuduhan memecah masuk
42 rumah di kawasan berkenaan.

Pihak berkuasa Kanada percaya jelitawan berusia 21 tahun itu bekerjasama dengan tiga
gadis bawah umur berusia 13, 15 dan 17 tahun untuk merompak penduduk di kawasan
Athabaska dan Maple.

Pelajar kejururawatan itu dan rakannya didakwa memasuki rumah mangsa menggunakan
pintu belakang atau tingkat bawah tanah.

Minggu lalu, pendakwa raya memfailkan lebih banyak tuduhan ke atas Stephanie, 
menjadikan jumlah tuduhan dihadapinya kepada 114.

Dia akan didakwa merompak, menerima barang curi serta memiliki dan menyimpan 
secara haram sembilan senjata api.Polis menemui senjata berkenaan di belakang kereta 
Mitsubishi Lancer miliknya.

“Kertas pertuduhan terhadapnya begitu tebal,” kata peguamnya, Denis Lavigne.

Menurutnya, Stephanie menemui doktor untuk menentukan keadaan mentalnya ketika 
melakukan jenayah.Wanita itu akan dihadapkan ke mahkamah semula pada 17 November

Sejak gambar Stephanie disiarkan di media sosial, ramai menggelarnya ‘penjenayah 
paling seksi terbaru dunia.’ “Penjenayah ini mencuri hati saya,” kata seorang pengguna
Twitter.--Agensi
KONGSI KEPADA RAKAN