Kuala Lumpur: “Orang hanya pandai mengata, tuduh saya tak tahu jaga anak dan macam
macam lagi. Hakikatnya, saya dan suami sudah jalankan tanggungjawab kami dan anak
saya bukan gadis liar yang boleh keluar rumah sesuka hati.
“Kalau perkara sama berlaku pada mereka (orang yang mengata), mungkin baru mereka
tahu apa yang saya dan suami rasakan sekarang. Saya merayu, fahamilah situasi kami
dan janganlah tuduh kami yang bukan-bukan.”
Itu luahan hati seorang ibu mahu dikenali sebagai Rohani, 36, selepas rakaman video
Itu luahan hati seorang ibu mahu dikenali sebagai Rohani, 36, selepas rakaman video
anak perempuannya yang berusia 15 tahun dengan ‘aksi mesra’ bersama teman lelaki,
kini tersebar meluas di laman YouTube dan Facebook (FB).
Rohani berkata, perhubungan anak perempuannya, dinamakan sebagai F dengan teman
Rohani berkata, perhubungan anak perempuannya, dinamakan sebagai F dengan teman
lelakinya yang juga berusia belasan tahun memang diketahuinya, namun dia tidak
menyangka mereka akan bertindak sejauh itu.“Saya memang tahu mereka berkawan
rapat, tapi tak sangka pula sampai merakam video berpeluk dan bercium dan dimuat
naik pula ke Internet,” katanya.-beritaharian.net