Keruntuhan Moral Yang Makin Parah, Dua Beradik Bersetubuh


BUTTERWORTH: Penyebaran rakaman aksi seks sepasang kanak-kanak yang
didakwa adik-beradik melalui telefon bimbit menggemparkan penduduk sekitar
bandar ini serta mencetuskan kebimbangan mengenai semakin parah keruntuhan
moral masyarakat negara ini.

Ini kerana usia pasangan terbabit masih terlalu muda. Budak lelaki terbabit dipercayai
berusia antara 11 dan 12 tahun manakala pasangan perempuan antara 13 dan 14 tahun.

Aksi berahi mereka dirakam dari pelbagai sudut dipercayai dalam bilik hotel atau motel
oleh pihak ketiga berdasarkan katil dan keadaan sekitar.

Kakitangan swasta dikenali sebagai Azman, 25, yang memperoleh video itu melalui 
bluetooth daripada rakannya, berkata dia terkejut sebaik melihat aksi pasangan terbabit 
kerana mereka terlalu muda dan dipercayai masih bersekolah.

“Budak lelaki itu seperti murid tahun lima atau enam manakala remaja perempuan 
mungkin dalam tingkatan satu atau dua. Kemungkinan mereka adik-beradik kerana 
fizikal remaja lelaki lebih kecil berbanding pasangannya.

“Saya menggeleng kepala sebaik melihat aksi mereka yang tidak ubah seperti orang 
dewasa. Bayangkan apa akan jadi kepada mereka pada masa depan dan bagaimana 
penerimaan ibu bapa mereka jika mengetahui perkara ini,” katanya, semalam.

Menurutnya, tindakan pasangan kanak-kanak itu menggambarkan keadaan moral
masyarakat yang semakin merosot dan keadaan ini yang menyumbang peningkatan 
kes pembuangan bayi hasil hubungan luar nikah.

“Jika murid sekolah rendah sudah pandai beraksi lucah dan dirakam pihak lain, 
bagaimana orang dewasa.“Apa akan jadi kepada moral masyarakat beberapa tahun 
akan datang jika gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit semakin berleluasa,”
katanya.

Justeru, dia berharap pihak berkuasa segera melakukan sesuatu sebelum gejala 
penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit menjadi ‘wabak’ yang sukar dikawal.
– Webberita

KONGSI KEPADA RAKAN