Akibat terlalu percaya kepada teman lelaki, seorang pelajar Tingkatan Satu dirogol
secara paksa oleh teman lelakinya yang berusia 19 tahun di sebuah lorong gelap,
delat Gadong Jaya, Seremban.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Yusof Awang berkata, suspek yang bekerja
sebagai pembantu kedai di ibu negara itu dikatakan memaksa kekasihnya berusia 13
tahun itu melakukan seks atas motosikal.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, kejadian pertama berlaku Ogos tahun lalu dan
Menurutnya, siasatan awal mendapati, kejadian pertama berlaku Ogos tahun lalu dan
selepas itu, pasangan tersebut kerap berjumpa untuk melakukan seks.
“Laporan asal dibuat keluarga wanita itu yang melaporkan anaknya tidak pulang ke
“Laporan asal dibuat keluarga wanita itu yang melaporkan anaknya tidak pulang ke
rumah selama seminggu dipercayai mengikut teman lelakinya di Kuala Lumpur.
“Sejurus laporan polis dibuat, wanita tersebut pulang ke rumah. Setelah didesak
“Sejurus laporan polis dibuat, wanita tersebut pulang ke rumah. Setelah didesak
keluarganya, wanita itu memberitahu bahawa dia dirogol. Sebaik sahaja mengetahui
hal itu, ibunya membuat laporan di Balai Polis Nilai,” katanya kepada Sinar Harian
di sini, semalam.
Yusoff berkata, polis berjaya menahan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen
Yusoff berkata, polis berjaya menahan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen
376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.