digambarkan kepada seorang bapa di sebuah kampung di sini apabila dipercayai
tergamak merogol anak kandungnya sendiri sejak empat tahun lalu.
Suspek yang berusia 41 tahun sepatutnya menjadi pelindung kepada gadis itu
sebaliknya bertindak di luar kewarasan akal apabila merogol anak perempuannya
itu sejak mangsa berusia 13 tahun.
Namun kerana tidak tahan menjadi mangsa pemuas nafsu bapanya sendiri, pelajar
Namun kerana tidak tahan menjadi mangsa pemuas nafsu bapanya sendiri, pelajar
tingkatan empat sebuah sekolah di sini nekad melaporkan perbuatan keji suspek
kepada polis di Balai Polis Jertih pada Khamis lalu.
Menurut sumber, aduan tersebut dibuat selepas suspek didakwa merogol mangsa
Menurut sumber, aduan tersebut dibuat selepas suspek didakwa merogol mangsa
untuk kali terakhir ketika mangsa sedang tidur kira-kira jam 2 pagi pada Rabu lalu
di rumahnya di sebuah kampung di sini.
Katanya, mangsa yang tersedar daripada tidur terkejut melihat suspek berada di
Katanya, mangsa yang tersedar daripada tidur terkejut melihat suspek berada di
hujung kakinya sebelum bertindak merogol mangsa.
“Sebelum itu mangsa membantah perbuatan bapanya namun dengan kudratnya sebagai
“Sebelum itu mangsa membantah perbuatan bapanya namun dengan kudratnya sebagai
wanita menyebabkan dia tidak mampu menolak perbuatan keji bapanya itu,” katanya.
Kata sumber itu lagi, tidak tahan dengan sikap kebinatangan bapanya dan tidak sanggup
Kata sumber itu lagi, tidak tahan dengan sikap kebinatangan bapanya dan tidak sanggup
berterusan diperlakukan begitu lagi mangsa kemudiannya membuat laporan polis pada
jam 1.15 petang sehari selepas kejadian.
Difahamkan juga, mangsa mengakui menjadi mangsa rogol bapanya yang bekerja
Difahamkan juga, mangsa mengakui menjadi mangsa rogol bapanya yang bekerja
sebagai jurujual di Jertih itu sejak dia di tingkatan satu lagi dan perbuatan tersebut
berlaku di rumah.
Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Noorzainy Mohd
Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Noorzainy Mohd
Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan serta tindakan
lanjut sedang dijalankan.
Menurutnya, mangsa telah dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM),
Menurutnya, mangsa telah dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM),
Kubang Kerian, Kelantan untuk pemeriksaan lanjut.
Bertindak atas laporan sepasukan anggota polis kemudian giat memburu suspek
Bertindak atas laporan sepasukan anggota polis kemudian giat memburu suspek
sebelum lelaki itu ditahan di depan sebuah kedai di bandar Jertih, kira-kira jam 5
petang pada Khamis lalu.
“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula Jumaat lalu untuk membantu
“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula Jumaat lalu untuk membantu
siasatan,” katanya.Menurutnya kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 (B)Kanun
Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.