Jangan Jadi Seperti Masliza,Bersetubuh Baginya Umpama Makanan


Semoga kisah ini menjadi teladan bagi kita dan juga anak-anak dara semua. 

Biarpun baru berusia belasan tahun, seorang remaja bukan saja sanggup melakukan 
hubungan s3ks dengan lebih lima lelaki serentak, malah melayan nafsu warga emas
seusia bapanya hingga mendapat gelaran Ratu Bohsia. 

Kisah ini merupakan kisah benar dan pengalaman yang real. Diharapkan anak anak 
gadis zaman sekarang lebih berfikir dan janganlah membuat perkara yang boleh men-
datang aib keluarga.

Jom ikuti kisah gempar ini. Gadis berkenaan tidak seharusnya dipersalahkan 
sepenuhnya kerana gelagat liarnya didorong pengalaman hitam selepas dinodai datuk 
sendiri menyebabkannya ketagih mengulangi perbuatan terkutuk itu.

Demi memuaskan nafsu gila selain membalas dendam terhadap perbuatan datuk yang
mengaibkannya, dia mula belajar meneguk minuman keras seawal usia 12 tahun dan 
mengikut lelaki hidung belang ke hotel murah untuk melakukan hubungan s3ks walaupun
baru beberapa jam berkenalan.

Disebabkan keghairahannya itu, gadis terbabit mendakwa menggugurkan kandungan
lebih 10 kali sepanjang tempoh dia merelakan tubuhnya ‘diratah’, termasuk di kalangan 
Mat Rempit sehingga digelar Ratu Bohsia di kalangan pelumba haram.

Pengalaman gadis terbabit didedahkan kepada wartawan bukan untuk memalukan mana-
mana pihak, sebaliknya pedoman kepada remaja perempuan yang baru mengenali dunia
dan mengelak mereka menjadi alat pemuas nafsu lelaki ‘syaitan’ terutama Mat Rempit.

Gadis yang ingin dikenali sebagai Masliza, 20, berkata kehidupannya mula berubah
selepas dia dinodai datuknya sendiri menyebabkan dia lari meninggalkan rumah sebelum
berkenalan dengan seorang Mat Rempit.

Menurutnya, dia menghilangkan diri selepas berang dengan sikap ibu bapanya tidak
mempercayai aduan bahawa diadirogol datuk sendiri.

“Setiap malam minggu, kami akan keluar merempit dan menonton aksi liar Mat Rempit 
di sekitar ibu kota menunjukkan kehebatan masing-masing.

“Saya puas kerana dapat mengenali ramai ‘kaki rempit’ berhati batu dan kagum mereka 
tidak mempunyai perasaan takut serta sayang kepada nyawa sendiri ketika melakukan 
aksi di jalan raya,” katanya.

Selepas seketika berkenalan, teman lelakinya mula menunjukkan wajah sebenar apabila 
menyerahkannya kepada rakan untuk ‘dipakai’ secara beramai-ramai.

Demi menjaga imej di kalangan Mat Rempit terbabit, katanya, dia terpaksa menyerahkan
kesucian dirinya.

Sejak itu, Masliza berkata, dia sering menjadi habuan puluhan Mat Rempit di hotel murah
rumah sewa mahupun dalam kereta menyebabkannya ketagih untuk melakukan hubungan
s3ks.Masliza mengakui pernah melakukan hubungan s3ks dengan lima lelaki dalam satu
bilik hotel serentak.

“Ia pengalaman hitam yang menakutkan, namun saya melakukannya untuk membalas 
dendam terhadap keluarga yang menganiaya saya, terutama datuk. Lama-kelamaan ia 
menjadi hobi dan keseronokan kepada diri sendiri.

“Saya lari dari rumah kerana tidak dapat menerima kenyataan dirogol datuk sendiri serta 
dihantui masalah keluarga yang tidak berkesudahan.“Keluarga saya bermasalah, ibu bapa
sering bertengkar dan mungkin disebabkan itu kebajikan dan tanggungjawab mereka 
terhadap saya terabai,” katanya

Bagaimanapun, Masliza diselamatkan seorang individu tidak dikenalinya yang 
menghantarnya ke hospital selepas didapati tidak sedarkan diri gara-gara cuba 
menggugurkan kandungan. 

Dia mendakwa sedang diburu ahli keluarganya kerana mengadu mengenai peristiwa 
hitam dinodai datuknya sendiri beberapa tahun lalu kepada pihak berkuasa supaya 
menarik balik laporan itu.

Bagaimanapun, dia kini selamat dalam jagaan sebuah pusat perlindungan dan pemulihan 
akhlak dan difahamkan sedang berusaha melupakan peristiwa malang itu. Sementara itu,
Pengurus dan Pakar Motivasi Didik Diri Resource, Ahmadi Baharudin, berkata Masliza 
sedang melalui proses pemulihan di pusat pemulihannya.

“Kami yakin dengan program sedia ada dapat membantunya memulihkan semula 
 keyakinan diri ketika berdepan dengan masyarakat selain membina semula imej. 

 Dia kini ibarat sedang ‘dilahirkan’ semula.

 “Saya cukup terkilan dengan sikap segelintir ibu bapa yang tidak memandang serius 
aduan anak mereka kerana terlalu sibuk mengejar kebendaan walaupun perkara itu benar-
benar berlaku,” katanya.

Menurut Ahmadi, masalah keluarga penyebab utama kepada keruntuhan akhlak remaja 
pada zaman ini. “Peningkatan kes seumpama itu cukup membimbangkan. Ibu bapa 
bukan saja perlu mendidik anak dengan ajaran agama yang cukup, malah mengikuti
perkembangan mereka. Sikap lepas tangan akan menyebabkan masalah terus 
menghantui kita semua,” katanya.


KONGSI KEPADA RAKAN