Inilah Punca sebenar A. Aida saman bekas suami, DSP Suffian Sulaiman


Penerbit dan pelakon A.Aida kesal dengan tindakan bekas suaminya, Deputi 
Superintendan (DSP) Suffian Sulaiman yang gagal menunaikan janji untuk membayar 
nafkah terhadap anak mereka, Muhammad Rahul yang kini berusia enam tahun.

A.Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 43, memberitahu Suffian tidak pernah
memberikan sebarang nafkah seperti mana yang diperintahkan mahkamah iaitu 
berjumlah RM300 sebulan sejak disahkan bercerai pada 2 Mei tahun lalu. 

Saya sebenarnya tidak kisah pun dia enggan membayar nafkah tersebut tetapi wang 
berkenaan adalah hak anak saya tambahan pula dia berkemampuan untuk berbuat 
demikian.

Sejak bercerai dia langsung tidak memberikan walaupun satu sen untuk nafkah anak 
dan perbuatannya itu tidak patut," katanya kepada mStar Online.

A.Aida ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini pada 
Selasa.Terdahulu, A.Aida menerusi peguam syarie, Zulkifli Che Yong memfailkan 
saman Penghutang Penghakiman mengikut Seksyen 176 Tatacara Mal Mahkamah 
Syariah Wilayah Persekutuan 1998 terhadap Suffian di kaunter mahkamah syariah
di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Kes itu akan disebut pada 16 Oktober depan.

Dalam pada itu, A.Aida menjelaskan selain tuntutan nafkah tertunggak yang mahu 
dituntutnya, ia termasuk juga yuran persekolahan Muhammad Rahul di sebuah sekolah 
Islam antarabangsa yang berjumlah RM1,000 sebulan.

Hanya dua perkara sahaja yang saya minta daripada dia dan itu pun semata-mata demi
kepentingan anak, itu sahaja," katanya.Sementara itu, A.Aida berkata, pihak peguamnya
pernah memaklumkan perkara tersebut kepada Suffian dan lelaki itu menjelaskan ada 
membuka akaun di atas namanya dan memasukkan wang berjumlah RM100 setiap bulan
untuk anak mereka.

Bagiamanapun A.Aida mempertikaikan tindakan bekas suaminya itu kerana wang 
berkenaan sepatutnya diserahkan kepadanya untuk digunakan sebagai perbelanjaan
anak mereka.

Suffian ketika bertemu media selepas sah bercerai dengan A.Aida pada 2 Mei tahun
lalu."Peguam saya sudah minta dia membayar nafkah itu secara baik tetapi dia gagal 
berbuat demikian sebaliknya membuka akaun di atas namanya sendiri dan mendakwa 
memasukkan wang berjumlah RM100 setiap bulan untuk Rahul."Bagaimana saya ingin 
ambil wang berkenaan jika akaun itu di atas namanya?," soal A.Aida.

Dalam perkembangan sama, A.Aida turut mendedahkan sejak bercerai bekas suaminya
itu melepaskan tanggungjawab anak mereka kepadanya dan hanya datang menjenguk 
kanak-kanak itu apabila dirasakan perlu.

"Sejak bercerai datang jumpa anak pun ikut sedap dia itu pun tiga ke empat bulan
sekali," ujarnya.Pasangan itu sah bercerai talak dua selepas konflik rumah tangga mereka
tidak berkesudahan sehingga memaksa A.Aida memohon untuk bercerai secara fasakh 
sebelum Suffian bersetuju melepaskannya secara baik.

Mereka berkahwin pada 20 April 2007 dan Suffian merupakan seorang duda sebelum 
ini turut mempunyai beberapa orang anak hasil perkahwinan terdahulu.Sebelum 
berkahwin dengan Suffian, A. Aida juga pernah bernikah dengan bekas vokalis 
kumpulan Spring iaitu Ameng pada tahun 1994 dan berpisah pada tahun 2003.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Wan Az Aleesa, 17, dan
Wan Azevanatassha yang berusia 12 tahun.A.Aida juga pernah berkahwin dengan 
seorang anggota polis berpangkat biasa sebelum mengenali Suffian. 
Tulisan artikel milik penuh mStar.

KONGSI KEPADA RAKAN