Gempar !!! Sepasang Kekasih Kantoi gian Dalam Kabin



DUNGUN– Tindakan sepasang kekasih melepaskan gian dalam kabin yang dijadikan
tempat persembunyian mereka daripada pihak berkuasa membawa padah apabila lokasi 
itu diserbu polis, pagi semalam.

Serbuan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah diketuai Inspektor 
Mohd Ridhuan Ismail dilakukan selepas maklumat risikan mendapati suspek lelaki, 
28, terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Bagaimanapun sebaik pintu kabin dibuka, seorang wanita didapati berada bersamanya
dan hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui sekeping wang kertas menyerupai mata 
wang RM100 dalam poket seluar suspek lelaki.

Siasatan awal, suspek lelaki yang berasal dari Kuala Terengganu tiada hubungan muhrim
dengan wanita terbabit dan mereka dipercayai sering melepaskan gian bersama-sama 
di dalam kabin berkenaan.

Pasangan terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut dan hasil 
ujian air kencing, kedua-duanya didapati positif dadah methampethamine.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan tangkapan dan 
menurutnya pasangan itu kini sedang disiasat.

KONGSI KEPADA RAKAN