Gempar !!! Rahsia 'Awang Hitam' Goda Gadis Tempatan Guna Lidah Terbongkar

Kuala Lumpur: Faktor wanita tempatan terpikat dengan lelaki Afrika akibat bau badan 
hanyalah alasan, sebaliknya mereka sudah terpikat dengan kata-kata manis yang diluah-
kan lelaki terbabit.Perkara itu dinyatakan Presiden Lembaga Kaunselor Malaysia Prof 
Dr Mohamed Fadzil Che Din yang turut menyatakan faktor bau badan lelaki Afrika
adalah faktor sekunder berbanding percakapan lelaki berkenaan yang bijak memikat 
wanita.

“Sebenarnya, 80 peratus lelaki Afrika yang datang ke negara ini mempunyai niat tidak 
baik iaitu menipu dan atas kepentingan sendiri,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, sudah menjadi budaya dalam suku kaum masyarakat lelaki Afrika
memenangi hati perempuan untuk menjadi terbaik dan berjaya dalam hidup.

“Dalam budaya mereka, lelaki mesti memenangi hati perempuan dan apabila sudah 
menang, mereka akan mendapat segalanya,” katanya.

Beliau mengulas laporan muka depan akhbar ini semalam mengenai pengakuan seorang
wanita tempatan dikenali Maria, 40-an yang menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki 
Afrika atas faktor bau badan dan hembusan nafas.

Laporan itu juga menyatakan Maria seolah-olah ketagih dengan bau badan teman 
lelakinya selain mengakui lelaki berkenaan berbeza dengan lelaki tempatan apabila 
bersifat sangat penyayang, romantik dan mengambil berat terhadap pasangan.
KONGSI KEPADA RAKAN