Gara-gara menolak cinta peminat, seorang penyanyi dangdut tempatan dirogol secara
bergilir-gilir “Mangsa diperkosa oleh peminatnya, Edi atau Coki dan empat rakannya
selepas dia diberi minuman keras,” kata jurucakap Polis Tangerang, Shinto Silitonga,
semalam.
Menurutnya, Edi, 19, yang berasal dari Teluk Naga ditahan, kelmarin bersama-sama
dua rakannya sementara dua lagi masih diburu.Shinto berkata, selepas disoal siasat,
Edi mengaku merogol mangsa kerana mahu membalas dendam setelah penyanyi dangdut
itu menolak cintanya.
“Dia terpikat kepada penyanyi itu selepas mereka bertemu 25 Disember lalu. Marah
“Dia terpikat kepada penyanyi itu selepas mereka bertemu 25 Disember lalu. Marah
kerana cintanya tidak dilayan, Edi merancang merogolnya. Dia dan rakan sekampung
memerangkap mangsa dengan mengajaknya bersiar-siar sebelum memaksanya minum
minuman keras lalu memperkosa mangsa pada 24 Januari lalu,” kata Shinto. -