Gempar !!! Pasangan'Henjut Ghairah' Dalam Kereta Kantoi Di Petaling Jaya

 

PETALING JAYA: Sepasang kekasih ditahan selepas melanggar beberapa kenderaan 
semata-mata untuk melarikan diri daripada polis yang mengesan mereka sedang
melakukan hubungan seks dalam kereta.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, berikutan insiden 
itu, suspek yang berusia 17 tahun berkelakuan mencurigakan ketika didekati pasukan 
peronda polis pada pukul 10.30 malam di Jalan Teknologi 3/6, Kota Damansara, di sini 
Selasa.

"Pemandu kereta itu memakir Inokom Atos biru di tempat gelap dan sunyi.

"Mengesyaki sesuatu, anggota peronda polis mendekati kenderaan itu dan meminta 
mereka keluar, bagaimanapun remaja terbabit terus memecut kereta itu," katanya pada
Rabu. 

Azmi berkata, bagaimanapun selepas sejam pihaknya mengesan kenderaan itu 
berhampiran Plaza Tol Damansara dalam keadaan remuk apabila ia terbabit dalam 
kemalangan dengan sebuah Honda Civic.


"Suspek serta merta ditahan di tempat kejadian.

"Kedua-duanya mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh 
untuk rawatan sebelum ditahan di lokap Shah Alam," katanya sambil menambah
beberapa kenderaan lain turut mengalami kerosakan akibat perbuatan remaja 
terbabit.
  
Katanya, kes itu disiasat kerana memandu secara berbahaya dan menghalang penjawat 
awam menjalankan tugas.

KONGSI KEPADA RAKAN