Gempar !!! Anggota Polis JPAM RELA Ditahan Kerana Merogol

gambar hiasan

SANDAKAN: Polis menahan tiga lelaki, masing-masing anggota polis, Jabatan 
Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan RELA kerana disyaki merogol seorang
wanita di sebuah hotel, di sini, Isnin lalu.

Suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan di sekitar bandar ini pagi tadi, susulan 
laporan polis yang dibuat oleh wanita warga asing berkenaan, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, tiga suspek terbabit yang menjalankan rondaan 
di bandar ini dikatakan menahan wanita berusia 21 tahun itu untuk pemeriksaan.

Bagaimanapun, wanita itu gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri menyebabkan
dia dipaksa melakukan hubungan seks dengan suspek sebagai syarat untuk dilepaskan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Senior Asisten Komisioner Salehhudin Abdul 
Rahman, berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana 
merogol.

KONGSI KEPADA RAKAN