Foto Alat sulit Zizan Menonjol Akibat Seluar Ketat Timbul Kontroversi


Zizan ulas isu seluar ketat tonjol ‘Anu’ : Kuala Lumpur: “Ini memang kelakar, tapi nak 
buat macam mana benda di luar kawalan saya,” ulas hos Akademi Fantasia (AF) 2014,
Zizan Razak mengenai isu seluar ketat yang dipakainya dan menonjolkan bentuk alat
sulit ketika konsert pertama program itu, malam kelmarin.

Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak, 30, berkata, isu remeh yang 
menjadi bahan senda sebahagian pengguna alam siber itu adalah perkara yang tidak 
disengajakan.

“Saya tak tahu macam mana nak jelaskan hal ini. Ia adalah seluar tajaan dan ukuran
sudah dibuat awal-awal lagi mengikut saiz saya.

“Cuma tak sangka pula bila sudah pakai nampak sendat dan ketat di bahagian itu. Saya
minta maaflah pada mana-mana pihak yang terganggu. Ia memang tak disengajakan,”
katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Isu terbaru itu timbul berikutan penyebaran gambar Zizan ketika mengacarakan AF2014
di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dekat sini, malam kelmarin.

Sebaik program realiti popular itu bersiaran, gambar itu menjadi bualan hangat di media 
sosial dan Internet yang mengkritik dan mencemuh tindakan pelawak itu memakai seluar ketat.

Segelintir pihak juga mendakwa Zizan sengaja memakai seluar yang menonjolkan 
bentuk alat sulitnya untuk meraih perhatian.Konsert AF2014 yang bermula malam
kelmarin disiarkan pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Maya
HD (135).

Bermula konsert kedua, Zizan akan berpasangan dengan Faizal Ismail selaku hos 
bersama. Diari AF2014 pula dikendalikan Jihan Muse.Zizan berkata, dia yang 
menyedari keadaan itu selepas ditegur pihak tertentu ketika program berlangsung 
tetapi ia berada di luar kawalan.

“Ada yang tegur ketika program itu tapi saya tak marah pun. Nak buat macam mana 
sebab satu seluar saja yang disediakan. Nak tukar seluar mana pula? “Jadi mahu tak 
mahu saya cuba lindungi bahagian itu dengan memperbanyakkan gerakan dan lebih 
lincah supaya tak ketara sangat,” katanya.

Tambahnya, insiden itu juga menjadi pengajaran dan akan lebih berhati-hati dalam 
penampilannya pada masa akan datang.“Benda pun dah jadi tak boleh nak buat apa dah,
tapi untuk minggu depan saya akan lebih peka dan hati-hatilah.

“Cuma saya memang tak sedar dari awal lagi sebab banyak aspek lain kena fokus pada
 malam itu (kelmarin) termasuk skrip dan kandungan program,” katanya.

KONGSI KEPADA RAKAN