Cerita Sebenar Gadis Bertudung Bercinta Dengan Abangnya Sendiri


Pengakuan oleh Aina (bukan nama sebenar) bagaikan cerita yang hanya dilihat dalam 
drama atau filem, namun hakikatnya ini benar-benar berlaku.Sudah lima tahun kisah 
berlalu iaitu ketika dia masih menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi, tetapi tetap 
segar dalam kenangan dan menjadi pengajaran seumur hidup.

Memulakan bicara, Aina berkata, ketika semester pertama di universiti, dia berasakan
kehidupannya begitu berubah.Masakan tidak, daripada anak manja tunggal yang tidak 
pernah berenggang dengan ibunya, dia kini perlu hidup berdikari.

Sememangnya sudah menjadi tabiat anak manja, dia memang kekok untuk bergaul 
dengan teman satu bilik yang seramai lapan orang di kolej.Sikapnya yang susah mesra 
membuatkan ramai tidak mahu mendekatinya, lalu menjadikan dia semakin tidak betah 
menjadi mahasiswi.

Sebulan di tempat baru membuatkan saya rasa sangat sunyi. Saya tidak seronok walau 
ramai kawan. Setiap minggu saya akan balik ke rumah ibu di Kuala Lumpur, walau
banyak belanja saya tidak kisah asal dapat menghabiskan masa dalam rumah dan selesa 
di bilik sendiri.

Adakalanya ibu memarahi saya kerana kerap pulang ke rumah, sangkanya saya langsung
tidak mahu belajar.Saya sebenarnya memang mahu belajar cuma saya tidak betah
berjauhan dari ibu kerana sejak dari usia dua tahun kami tinggal berdua sahaja iaitu 
selepas ibu berpisah dengan ayah,” ujarnya.

Dek kerana takut dimarahi ibunya lagi, Aina mencari sebab untuk dia gembira berada 
kira-kira 500 kilometer jauh dari rumah dan ibunya.Kalau hari kuliah saya tak rasa 
begitu sunyi, dilema saya ialah ketika hujung minggu kerana begitu bosan duduk di
asrama. Kawan-kawan ada yang ajak berjalan-jalan tapi hati saya tidak begitu suka 
walaupun sekali-sekala saya ikutkan juga ajakan mereka,” imbasnya.

Mengenali Azam

Pada satu hujung minggu, dia cuba mengulangkaji pelajaran di perpustakaanuniversitinya 
Ketika itu, matanya bertentang dengan seorang pelajar senior yang bagi Aina 
mempunyai wajah cukup tampan.

Dia memberanikan diri memberi senyuman dan dibalas mesra oleh pelajar senior
tersebut.Azam (juga bukan nama sebenar) merupakan pelajar tahun akhir jurusan
kejuruteraan mekanikal di universiti yang sama.

Sejak berbalas senyuman, saya teringin mengenali Azam dengan lebih dekat. Selepas
beberapa kali berjumpa di perpustakaan kami akhirnya bertukar nombor dan sering 
membalas SMS (khidmat pesanan ringkas).

Banyak persamaan antara kami, makanan hobi dan banyak lagi kegemaran kami yang
sama. Saya sungguh selesa dengan Azam dan sejak berkenalan dengannya saya tidak 
pernah lagi rasa kesunyian.

Hari demi hari perhubungan kami semakin rapat dan berasa selamat ketika bersama dia, 
katanya.Azam merupakan pelajar yang bijak dengan keputusan yang sentiasa mem-
berangsangkan setiap semester. Jadi tidak hairanlah apabila dia telah ditawarkan
pekerjaan oleh sebuah syarikat swasta beberapa bulan sebelum menamatkan pengajian
lagi.

Kami begitu teruja kerana apabila Azam mula bekerja dia berjanji akan melamar saya.
Dia akan membawa saya berjumpa dengan keluarganya di Terengganu dan saya juga 
akan memperkenalkan Azam kepada ibu saya di Kuala Lumpur.

Saya pasti ibu akan menerima Azam kerana saya kenal dengan ibu saya yang memang
mahu melihat saya bahagia, jelasnya.Pada satu cuti semester, Aina mengajak Azam 
untuk ke rumah ibunya dan salam perkenalan tersebut disambut dengan hati yang 
sungguh gembira.

Seharian kami menghabiskan masa di rumah, kami makan, menonton televisyen dan 
membelek album lama bersama ibu. Tiba pada satu keping gambar lama, Azam tiba-tiba
berubah wajah. Terus ditanya siapakah dalam gambar tersebut. Ibu menerangkan itu
adalah keluarga asal saya dengan bapa dan seorang abang bernama Amar.

Azam seolah kenal benar dengan wajah bapa dalam gambar tersebut kerana seingat
Azam, bapanya juga mempunyai #foto yang sama yang dibingkaikan di dalam bilik 
bacaan keluarganya.

Selepas didesak barulah ibu bercerita. Rupanya ibu adalah isteri kedua ayah dan 
disebabkan jodoh tidak panjang mereka bercerai. Ketika itu mereka mempunyai dua 
anak iaitu saya dan abang yang beza usia cuma dua tahun. Selepas bercerai, mereka 
bersetuju ayah ambil anak lelaki manakala ibu ambil anak perempuan iaitu saya.

Menurut ibu, ayah membawa abang pindah ke Terengganu bersama keluarga isteri 
pertama yang telah mempunyai tiga anak dan selepas peristiwa itu mereka terputus 
hubungan hingga saat ini.

Selama ini saya memang tahu saya mempunyai abang tetapi saya tidak pernah bertanya 
mengenainya, mungkin sudah terlalu selesa hidup berdua dengan ibu.

Tanpa menunggu sesaat, Azam memberitahu saya bahawa itulah juga ayahnya dan Amar 
itulah juga adiknya. Ya benar, kami mempunyai bapa yang sama, dia anak sulong ayah 
bersama isteri pertama. Berderau darah saya dan reaksi ibu juga sama. Petang yang 
begitu ceria tiba-tiba bertukar menjadi dingin dan tegang,” imbas Aina.

Cuba berkawan

Usai cuti semester, Aina kembali ke kampus meneruskan pelajarannya seperti biasa 
biarpun perasaan berkecamuk antara lega bertemu saudara sedarahnya dengan rasa sedih
kehilangan cinta hatinya.

Azam pula sudah mula bekerja dan sejak peristiwa itu mereka cuba berubah menjadi 
seperti adik-beradik atau sekurang-kurangnya kawan biasa.

Malangnya saya terasa begitu kekok, bayangkan daripada pasangan kekasih yang bakal 
mendirikan rumah tangga, kini kami kena akur bahawa kami adik-beradik sama bapa 
berlainan ibu.

Walau saya cuba beberapa kali untuk menganggap Azam sebagai abang tapi saya akui 
memang sangat sukar. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk tidak menghubungi 
Azam lagi. Kebetulan Azam juga ditugaskan ke luar negara selama dua tahun, jadi 
semakin mudah bagi saya melupakannya sebagai kekasih hati.

Saya juga tidak pernah menceritakan hal ini pada sesiapa. Hanya kami bertiga sahaja 
yang tahu. Namun hikmah selepas daripada kejadian itu, saya dapat bertemu semula 
dengan ayah dan abang sulong saya yang terpisah sekian lama,” katanya yang kini
telah berumah tangga dengan rakan sepejabat dan baharu sahaja menimang cahaya mata 
berusia dua bulan.

-daunmedia
 

KONGSI KEPADA RAKAN