JASIN - Perbuatan keji seorang bapa yang memaksa anaknya melakukan seks oral
terbongkar apabila kanak-kanak perempuan berusia lima tahun itu dibawa ke hospital
untuk pemeriksaan kerana mengalami sakit tekak.
Kanak-kanak itu dibawa ke Hospoital Jasin oleh ibunya pada Khamis lalu selepas dia
menangis dan mengadu sakit mulut ketika menelan makanan.
Ketika doktor melakukan pemeriksaan dan bertanya punca kesakitan yang dialaminya,
Ketika doktor melakukan pemeriksaan dan bertanya punca kesakitan yang dialaminya,
kanak-kanak itu secara spontan menceritakan perbuatan yang dilakukan oleh bapa
kandungnya berusia 37 tahun itu.
Mendengar pengakuan anaknya, ibu mangsa yang berusia lewat 20-an membuat laporan
Mendengar pengakuan anaknya, ibu mangsa yang berusia lewat 20-an membuat laporan
di Balai Polis Bemban di sini pada Jumaat lalu berhubung kejadian berkenaan.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Muhd. Nur Hishamudin Hashim ketika
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Muhd. Nur Hishamudin Hashim ketika
dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mengenai perbuatan seks oral seorang
bapa terhadap anak perempuannya.
Beliau berkata, sepasukan anggota polis menahan bapa mangsa yang bekerja sebagai
Beliau berkata, sepasukan anggota polis menahan bapa mangsa yang bekerja sebagai
pembantu kedai peralatan rumah di rumahnya di Asahan dan suspek dibawa ke Ibu
Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk membantu siasatan.
"Suspek kemudian diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan
"Suspek kemudian diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan
Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri pada hari sama dan
direman empat hari sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan," katanya.