Aksi Terlampau Tentera Tersebar


BANGKOK - Tentera Udara Diraja Thailand akan mengambil tindakan tatatertib 
terhadap pegawainya yang didapati terbabit dengan persembahan wanita bogel dalam
satu persembahan di kelab tentera.


Menurut laporan Bangkok Post, Jurucakap Tentera Udara, Marsyal Monthol 
Satchukorn mengesahkan lelaki yang berpakaian seragam tentera dalam klip video 
yang dimuat naik di internet dikenal pasti anggotanya.

Klip video yang bertajuk `Penyanyi bogel meraikan tentera’ mula tersebar di internet 
pada minggu lalu dan telah mendapat kritikan hebat daripada pelayar media sosial.

Dalam pada itu, Monthol berkata para pegawai yang terbabit dalam klip video itu telah
melanggar peraturan mengenai penggunaan kemudahan premis kerajaan. Bagi menyiasat
perkara berkenaan satu jawatankuasa khas turut ditubuhkan.

Jelasnya, anggota yang terbabit perlu dihukum kerana telah melanggar disiplin tentera
kerana berbuat demikian dengan berpakaian seragam tentera, lapor The Rakayat Post.

KONGSI KEPADA RAKAN