“Sudah hampir tujuh tahun saya tidak ‘bersama’ isteri. Setiap kali ingin melakukannya,
nafsu saya seperti disekat dan saya jadi tak bermaya, namun keadaan jauh berbeza
apabila saya melihat perempuan lain.”
Itulah keluhan seorang lelaki mahu dikenali sebagai Zakry, 33, yang percaya masalah
dialaminya itu angkara pembantu rumah yang sengaja ingin merosakkan rumah
tangganya Eksekutif sebuah syarikat swasta itu percaya dia tidak membuat tuduhan
melulu,sebaliknya memiliki beberapa petunjuk atau bukti yang dirasakan berasas.
“Pada mulanya, saya menyangka saya ada masalah seksual atau lemah tenaga batin.
Hasil perbincangan dengan isteri, kami berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian.
Namun, pemeriksaan doktor mengesahkan saya tidak mengalami masalah seksual,”
katanya kepada Harian Metro.Berikutan itu, Zakry bersama isteri berbincang dengan
keluarga dan mereka dicadangkan berubat secara Islam kerana mungkin ada pihak
menggunakan cara halus merosakkan rumah tangganya.
“Kami pergi berubat dengan seorang ustaz di Perak dan terkejut apabila ustaz itu
memberitahu saya terkena sihir dipercayai dilakukan orang yang pernah duduk serumah
dengan kami. – Webberita