Kuala Lumpur: Usia mereka masih muda, namun tiga remaja lelaki belasan tahun
tergamak memperkosa seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun selain
mengugut akan memukul mangsa jika dia menceritakan apa yang dilakukan mereka
kepada keluarganya.
Difahamkan, perbuatan jijik tiga remaja terbabit bukan kali pertama, sebaliknya sudah
beberapa kali memperkosa kanak-kanak terbabit dan setiap kali dia akan diugut pukul
jika membocorkan rahsia.
Kebiasaannya mereka akan melakukan perbuatan itu di sekitar kawasan perumahan di
Kebiasaannya mereka akan melakukan perbuatan itu di sekitar kawasan perumahan di
Wangsa Maju dan selepas selesai suspek akan mengarahkan mangsa pulang ke rumah.
Bagaimanapun, tembelang mereka terbongkar apabila beberapa remaja lelaki yang
Bagaimanapun, tembelang mereka terbongkar apabila beberapa remaja lelaki yang
juga tinggal di kawasan terbabit mengetahui kejadian itu selepas mangsa mengadu
menyebabkan mereka mencari suspek dan membawanya bersemuka dengan ibu mangsa
Jumaat lalu.