( VIDEO ) Tarian Nakal Tarik Tumpuan Dunia Pada Pelari Ini


Atlet Australia, Sally Pearson diketahui merangkul pingat emas dalam acara
larian 100m berpagar wanita pada Sukan Komanwel ke-20 Glasgow 2014
pada 1 Ogos lepas.

Beliau merupakan atlet lumba lari terkenal dunia dan kemenangan pingat emas 
di Glasgow, Scotland itu merupakan pingat emas keempat dalam kejohanan 
besar.

Bagaimanapun dalam acara itu, kebanyakan penonton tidak terlalu memberi 
perhatian kepada beliau sebaliknya memberi tumpuan kepada pelari yang
menduduki tempat kelima iaitu Michelle Jenneke.

Michelle baru sahaja berusia 21 tahun dan turut dilihat sebagai bakal pengganti 
kepada Sally yang juga atlet senegaranya tetapi peminat sukan ada sebab 
berbeza kenapa mereka meminati Michelle.

Pada acara World Junior Championship 2012 (Kejohanan Remaja Dunia 
2012) di Barcelona, beliau telah mempersembahkan tarian yang agak seksi dan 
ceria sebelum memulakan perlumbaan pada ketika itu.

Tarian itu diperlihatkan Michelle pada saringan kedua, pusingan pertama 
di mana beliau memenangi saringan itu dengan catatan masa 13.52 saat.
Sejak itu, tarian pendek Michelle menjadi viral seluruh dunia maya.

Apabila para peminatnya mengetahui, Michelle berjaya layak ke acara 100m 
berpagar di Sukan Komanwel, mereka sudah bersidap sedia menantikan tarian 
berkenaan pada setiap kali turun beraksi di balapan.

Pada aksi akhir Michelle hanya menduduki tempat kelima di belakang Sally.
Stesen televisyen sukan Australia Fox Sports, menulis artikel berkaitan k
eputusan 100m berpagar wanita itu dengan tajuk “Tarian Jenneke Di Tempat 
Kelima Dan Sally Juara”.

Michelle dikenali sebagai seorang atlet yang ceria dan seksi. Di laman Instagram
beliau, banyak dimuatnaikkan dengan gambarnya memakai bikini dan juga 
gambar-gambar saat percutiannya di seluruh dunia.

KONGSI KEPADA RAKAN