Kumpulan askar ISIS (Islamic State Of Iraq) semakin mengganas, pada 28 Ogos
mereka memuat naik video selama 6 minit menunjukkan bagaimana mereka
memalukan sekumpulan askar Syria yang telah ditangkap dengan membogelkan
mereka.
Video yang diberi nama ‘Sekumpulan Shiah Ditangkap Oleh ISIS’ menunjukkan
Sekumpulan kira-kira 200 tentera syria telah ditangkap dan dimalukan dengan pakaian
mereka dilucut memaksa mereka hanya berpakaian seluar dalam dan berarak di tengah
padang pasir.
Individu yang merakam video tersebut mengeluarkan bunyi ‘hrrr’ ‘hrrrr’ yang seakan-
akan sedang mengembala sekumpulan kambing.Tonton video tersebut di bawah: