Kuala Terengganu: Seorang pekerja salun rambut bukan saja menanggung kesakitan
apabila dibelasah tanpa sebab, tetapi turut menanggung malu apabila aksinya dipukul
dirakam dalam kejadian berhampiran sebuah salun rambut di Jalan Sultan Sulaiman,
di sini, Khamis lalu.
Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku jam 12.30 tengah hari ketika remaja
perempuan berusia 17 tahun berada di tempat kerjanya sebelum didatangi seorang
perempuan yang memanggilnya supaya mengikutinya ke sebuah lorong kecil ber-
hampiran kedai mangsa.
Katanya, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa akur dengan arahan wanita terbabit
Katanya, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa akur dengan arahan wanita terbabit
dan sebaik sampai di lokasi yang dimaksudnya, wanita terbabit menuduh mangsa men-
fitnahnya.
“Terkejut dengan tuduhan itu, mangsa menafikan dakwaan itu dan tindakan itu
“Terkejut dengan tuduhan itu, mangsa menafikan dakwaan itu dan tindakan itu
menyebabkan suspek naik angin sebelum memukul mangsa menggunakan topi keledar.
“Belum sempat mangsa berbuat apa-apa, seorang lagi rakan suspek muncul sebelum
“Belum sempat mangsa berbuat apa-apa, seorang lagi rakan suspek muncul sebelum
tiba-tiba menyepak dan memukul mangsa beberapa kali,” katanya.
Sumber berkata, selain dibelasah, mangsa mendakwa seorang lagi rakan suspek turut
Sumber berkata, selain dibelasah, mangsa mendakwa seorang lagi rakan suspek turut
merakam aksi dia dibelasah tanpa menghiraukan rayuan mangsa yang minta dilepaskan.
Katanya, selepas puas membelasah mangsa, semua suspek beredar meninggalkan
Katanya, selepas puas membelasah mangsa, semua suspek beredar meninggalkan
mangsa yang sedang kesakitan.“Sebelum beredar, suspek turut mengugut akan memukul
mangsa lagi sambil mengingatkan perkara itu belum selesai lagi menyebabkan mangsa
ketakutan,” katanya.
Susulan kejadian itu, mangsa yang bimbang keselamatannya membuat laporan di Balai
Susulan kejadian itu, mangsa yang bimbang keselamatannya membuat laporan di Balai
Polis Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.Difahamkan, lima suspek berusia 18
hingga 30-an yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu ditahan polis beberapa jam
selepas laporan dibuat bagi membantu siasatan.