Shah Alam – “Ibu mana yang tak sayang anak, walaupun dia dilahirkan tanpa diminta,
pengalaman mengandung dan melahirkannya selepas ‘bersama’ selama sembilan
bulan nyata membuatkan kasih saya kepadanya tidak berbelah bagi.
“Walaupun dia dilahirkan sebagai anak luar nikah dan keluarga terutama ayah tidak
“Walaupun dia dilahirkan sebagai anak luar nikah dan keluarga terutama ayah tidak
dapat menerima kehadirannya saya terpaksa relakan dia diserahkan kepada keluarga
angkat apabila semua proses dokumentasinya selesai,” kata remaja terlanjur yang
ingin dikenali sebagai Izzati, 22, ketika ditemui di sebuah rumah perlindungan di
sini, baru-baru ini.
Remaja yang berasal dari Puchong ini berkata, sebaik saja ibu bapanya dimaklumkan
Remaja yang berasal dari Puchong ini berkata, sebaik saja ibu bapanya dimaklumkan
doktor yang dia mengandung tujuh bulan, dia dihantar ke rumah perlindungan bagi
mengelakkan berita mengenai kandungan itu diketahui adik beradik mahupun ahli
keluarga lain terutama jiran. Menurut anak sulung daripada empat beradik itu, jika
dia mampu mengubah masa silamnya, semua teguran dan nasihat ibunya pasti
dituruti dan kerana kebodohan dirinya yang memberontak gara-gara dikongkong
akhirnya memakan diri sendiri.
Katanya, segalanya bermula apabila dia melanjutkan pelajaran ke kolej untuknya
Katanya, segalanya bermula apabila dia melanjutkan pelajaran ke kolej untuknya
melarikan diri jauh daripada keluarga terutama ibu yang sering menjadikan dirinya
tempat melepaskan marah setiap kali adik-adiknya membuat kesalahan. “Dengan
memberikan alasan kerja kursus banyak, saya bebas untuk tidak pulang ke rumah
pada hujung minggu walaupun jarak antara rumah dan kolej tidak jauh.
Masa yang ada saya keluar bersama teman lelaki. “Walaupun baru berkenalan dua
Masa yang ada saya keluar bersama teman lelaki. “Walaupun baru berkenalan dua
bulan, saya tidak sangka yang dia (teman lelaki) memaksa saya melakukan perbuatan
asmara dan akhirnya dia pergi tanpa alasan munasabah,” katanya yang baru melahirkan
anak lelaki awal Mac lalu.
Izzati berkata, kecewa dengan tindakan bekas teman lelakinya itu, dia berkawan
Izzati berkata, kecewa dengan tindakan bekas teman lelakinya itu, dia berkawan
dengan seorang lagi lelaki lain, namun nasibnya tetap sama apabila lelaki berkenaan
juga mengambil kesempatan serta memberi jaminan yang dia tidak akan mengandung
sebelum meninggalkannya.
Dia mendakwa, gara-gara takut membeli alat ujian kehamilan dia tidak sedar yang
Dia mendakwa, gara-gara takut membeli alat ujian kehamilan dia tidak sedar yang
kandungannya sudah mencecah tujuh bulan sehinggalah kedua orang tuanya mem-
bawanya ke klinik kerana hairan melihat perubahan pada dirinya. Menurutnya,
selepas dimaklumkan doktor yang dia mengandung, dunia dirasakan kelam dan apa
yang lebih sedih apabila melihat wajah emak yang kecewa malah ayah ketika itu
seakan orang hilang pertimbangan meraung tidak dapat terima hakikat yang anaknya
mencipta aib buat keluarga.
“Sehingga kini hanya emak dan ayah yang tahu kisah sebenar dan di mana saya
“Sehingga kini hanya emak dan ayah yang tahu kisah sebenar dan di mana saya
berada,jika adik-beradik bertanyakan kenapa ‘kakak’ tidak balik, emak memberi
alasan ‘kakak’ sibuk dengan kelas dan kerja kursus,” katanya, lapor Hmetro.