Sakit Di Kemaluan Ketika Kencing Rungkai Rahsia Jijik



Kuala Lumpur: Kesakitan pada kemaluan seorang kanak- kanak berusia tujuh tahun 
terungkai selepas pemeriksaan doktor mengesahkan dia menjadi mangsa rogol di 
ibu kota, kelmarin.

Difahamkan, kanak-kanak berkenaan kebiasaannya dihantar ke rumah pengasuh selepas
pulang dari sekolah ketika ibu bapanya bekerja.

Sumber polis berkata, kira-kira jam 10 malam kelmarin, mangsa mengadu sakit ketika 
membuang air kepada ibunya.

“Ibu kanak-kanak itu pada mulanya tidak menyangka buruk, namun selepas mangsa 
beberapa kali mengadu sakit, dia dibawa ke sebuah hospital untuk pemeriksaan,” 
katanya.

Menurutnya, selepas menjalani pemeriksaan, doktor mengesahkan kemaluan mangsa 
bengkak selain ada pendarahan.

“Mangsa dipercayai menjadi mangsa rogol dan ibu bapa mangsa membuat laporan di 
Balai Polis Cheras untuk tindakan lanjut,” katanya.

KONGSI KEPADA RAKAN