Pelakon Almy Nadia memberitahu GUA dia tidak bercadang untuk memberitahu
peminat tentang jantian anak dalam kandungannya. Ini kerana dia menganggap perkara
itu sesuatu yang cukup peribadi dan hanya dia dan suami sahaja yang patut tahu.
“Bagi saya ada perkara yang boleh dikongsi dengan peminat dan ada perkara yang perlu
disimpan untuk diri sendiri. Tentang jantina anak ini nanti, saya tak bercadang untuk
umumkan pada semua. Biarlah saya dan suami sahaja yang tahu. Kalau ikutkan dahulu,
saya pun tidak mahu umumkan tentang kehamilan , tetapi berita mengenainya tersebar
jua. Jadi, saya pun tidak mahu berahsia apabila orang mula bertanya,”ujar Almy ketika
ditemui baru-baru ini.
Dalam masa yang sama, Almy juga sempat mengulas tentang trend artis terkini yang
Dalam masa yang sama, Almy juga sempat mengulas tentang trend artis terkini yang
bertindak mengunci mulut kepada sesetengah media dan hanya bercerita kepada media
kegemaran atau pilihan.
“Secara peribadi, saya lebih suka bercerita kepada semua (media). Saya tak mahu pilih-
“Secara peribadi, saya lebih suka bercerita kepada semua (media). Saya tak mahu pilih-
pilih sebab tidak mahu ada yang terasa hati. Kena adil. Artis perlu menghargai pihak
media kerana tanpa sokongan mereka, mungkin seseorang artis itu tidak akan ke mana-
mana.
Walaupun ada pihak yang tawarkan sejumlah duit untuk saya buka mulut, saya tidak
Walaupun ada pihak yang tawarkan sejumlah duit untuk saya buka mulut, saya tidak
akan berbuat demikian. Kecuali mereka buat program istimewa seperti pernikahan Y
usry dan Lisa ataupun kisah kahwin Awal dan Scha dahulu. Bagaimanapun, saya sedar,
saya hanyalah pelakon biasa-biasa sahaja. Tak mungkin ada produksi atau media yang
mahu buat cerita eksklusif tentang saya,” ujar Almy merendah diri.-sumber