Payudara Meletup Gara-Gara Bergusti


STOCKHOLM – Seorang peserta siri realiti televisyen Sweden terpaksa 
dikejarkan ke hospital apabila implan dalam buah dadanya meletup gara-gara aksinya bergusti dalam lumpur, lapor media semalam.

Lina Hellqvist (gambar) menyertai siri Djungelns Drottning (Ratu Hutan)
yang mengisahkan kehidupan sekumpulan 10 peserta hidup dalam hutan 
tanpa bantuan sebarang teknologi.

Ketika kejadian, Lina, 24, sedang bergusti dengan beberapa peserta lain 
apabila dia berasa satu daripada buah dadanya berbunyi.

Sumber berkata, bimbang dengan keadaan itu, kakitangan produksi Djungelns
Drottning menggunakan helikopter untuk memindahkan Lina ke hospital.

Menurut Lina, dia tidak menyangka sama sekali implan pada buah dadanya 
boleh meletup tiba-tiba.“Apabila ia meletup, peserta lain benar-benar bimbang 
dan saya pula berasa sangat tidak selesa,” katanya.

Masih mendapatkan rawatan, Lina berkata, dia masih berasa ada yang tidak 
kena pada buah dadanya.Lina – turut menganggap dirinya seorang bloger – 
kini menunggu masa sesuai untuk menjalani pembedahan bagi membetulkan 
semula implan berkenaan.

Djungelns Drottning adalah siri realiti yang mencabar kemampuan wanita hidup
dalam serba kekurangan.Antara tugasan mereka dalam hutan ialah menghidup-
kan api menggunakan perapi rambut.

Walaupun sesetengah media melaporkan insiden itu berlaku dalam hutan di 
Malaysia, media lain mendakwa, penggambaran dibuat di Thailand.

Ogos tahun lalu, seorang wanita Britain mengalami nasib sama apabila implan 
buah dadanya meletup terkena tembakan peluru paintball. – Mirror

KONGSI KEPADA RAKAN