dan RM2,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah, semalam, selepas mengaku salah
terhadap pertuduhan cuba melakukan persetubuhan luar nikah di sebuah rumah rehat
di Tok Jembal, di sini, Mei lalu.
Ahmad Ramdhan Mohamad@Mustaffa, 28, dari Batu Buruk di sini, dan pasangannya,
Ahmad Ramdhan Mohamad@Mustaffa, 28, dari Batu Buruk di sini, dan pasangannya,
Yusalammiah Farhana Yusof, 20, dari Beladau Selat, di sini, yang baru enam hari
bertunang, turut berdepan hukuman lima bulan penjara jika gagal menjelaskan denda
berkenaan.
Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail membuat keputusan itu selepas mereka mengaku
Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail membuat keputusan itu selepas mereka mengaku
salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah
(Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan melakukan persetubuhan
luar nikah.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan perbuatan sebagai persediaan untuk
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan perbuatan sebagai persediaan untuk
melakukan persetubuhan luar nikah dalam bilik sebuah rumah rehat di Tok Jembal,
jam 2.15 pagi pada 16 Mei lalu.
Mengikut fakta kes, sepasukan anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuala
Mengikut fakta kes, sepasukan anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuala
Terengganu yang menerima maklumat melakukan serbuan terhadap sebuah bilik di
sebuah rumah rehat di Tok Jembal, kira-kira jam 2.15 pagi pada 16 Mei lalu.
Sebaik tiba di premis berkenaan, anggota penguatkuasa mendapati bilik gelap sebelum
Sebaik tiba di premis berkenaan, anggota penguatkuasa mendapati bilik gelap sebelum
mengetuk pintu dan memberi salam.Bagaimanapun selepas tiga minit, pintu bilik ber]
kenaan masih belum dibuka menyebabkan anggota penguatkuasa masuk melalui tingkap sebelum membuka pintu utama.
Pemeriksaan menemui seorang lelaki sedang berdiri di depan pintu bilik air yang
kenaan masih belum dibuka menyebabkan anggota penguatkuasa masuk melalui tingkap sebelum membuka pintu utama.
Pemeriksaan menemui seorang lelaki sedang berdiri di depan pintu bilik air yang
berkunci dari dalam sebelum keluar seorang wanita yang memakai baju dan tuala
manakala seluarnya ada di penyidai bilik air itu.Soal siasat mendapati mereka tiada
hubungan suami isteri atau mahram.