Martin 'Henjut' Sampai Berlubang Tilam



London: Seorang lelaki dihadapkan ke mahkamah semalam atas tuduhan mengadakan
seks dengan tilam.

Dalam keterangannya kepada Mahkamah Majistret di Derry, seorang anggota polis
berkata, dia menemui lelaki yang pernah didapati bersalah atas tuduhan seks, berbogel 
dari pinggang ke bawah. 

Sambil menonton filem porno menerusi pemain DVD, dia melakukan gerakan seks
dengan tilam di tempat letak kereta sebuah rumah orang tua di bandar itu awal pagi
Sabtu lalu. 

Martin Gregory Coll, 52, dihadapkan ke mahkamah atas dua tuduhan berkait dengan
kejadian itu.

Selain dituduh berkelakuan tidak senonoh, dia juga berdepan tuduhan ‘melakukan 
perbuatan lucah dan menjijikkan sehingga mencetuskan kemarahan orang awam 
dengan menonton filem porno secara terbuka sambil mengadakan seks dengan tilam 
ketika berbogel.’

Sarjan polis itu memberitahu Hakim Peter King, defendan dijatuhi hukuman tertunda
minggu lalu kerana mencuri tabung dari sebuah depoh bas dilihat memasuki kawasan 
rumah orang tua berkenaan menerusi pintu belakang, jam 5 pagi.- Agensi

KONGSI KEPADA RAKAN