Lagi Gambar Terlampau Remaja 13 Tahun Tersebar

 

Seorang remaja perempuan hidup dalam ketakutan selepas tindakannya menghantar
gambar bogel kepada teman ... tindakannya menghantar gambar bogel kepada teman 
lelaki baru dikenali mengundang padah apabila dirinya diaibkan susulan penyebaran 
gambar tersebut.

Tidak cukup dengan itu, remaja berusia 13 tahun itu turut menerima beberapa ugutan 
akan diculik oleh teman lelakinya yang hanya dikenali melalui telefon.

Difahamkan, mereka tidak pernah berjumpa sepanjang tempoh perkenalan tersebut,
iaitu sejak April lalu.

Bagaimanapun menurut sumber, selepas hampir sebulan berhubung tanpa bersemuka, 
teman lelakinya bertindak berani meminta mangsa menghantar sekeping gambar bogel 
kepadanya tetapi mangsa enggan berbuat demikian.

“Pada mulanya suspek memberi alasan kononnya meminta gambar berkenaan hanya 
sekadar  simpanan dirinya sendiri, bagaimanapun, mangsa enggan berbuat demikian 
kerana malu dan tidak yakin dengan suspek.

“Keengganan mangsa telah mengundang kemarahan suspek sebelum mengugut mahu 
menculik mangsa sekiranya mereka terserempak di luar.

Bimbang dengan ugutan itu, mangsa yang ketakutan akur dengan arahan tersebut 
sebelum bertindak menghantar gambar separuh bogelnya,” katanya.

Bagaimanapun suspek yang masih tidak berpuas hati kerana permintaannya untuk men-
dapatkan gambar bogel tidak ditunaikan, sekali lagi memaksa mangsa menghantar 
gambar yang menampakkan keseluruhan badan.

“Suspek yang masih tidak berpuas hati tetap memaksa dan mengugut remaja malang 
itu dengan niat untuk menakutkannya.

“Risau dengan ugutan tersebut, mangsa tanpa berfikir panjang mengikut arahan suspek 
dengan menghantar gambar bogelnya,” katanya.

Jelas sumber lagi, mangsa hanya mengetahui berhubung penyebaran gambarnya pada 
minggu lalu selepas dimaklumkan rakan sekolah sebelum mengambil keputusan mem-
buat laporan polis kerana bimbang keselamatan dirinya dan ingin memastikan gambar 
terbabit tidak terus disebarkan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan
Hamzah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian ber-
kenaan.Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan pihaknya sedang giat 
mengesan suspek.

KONGSI KEPADA RAKAN