Kim Kardashian Kongsi Gambar Di Atas Katil


Bergelar suami isteri, selebriti Kim Kardashian bersemangat berkongsi
keintiman dan kebahagian yang sedang dilalui bersama pasangannya 
Kanye West.

Kim yang baharu sahaja bercuti di Ibiza bagi meraikan ulang tahun 
suaminya tidak melepaskan peluang memuat naik gambar di ranjang 
bersama suami untuk tatapan peminat.

Dalam gambar tersebut, Kanye terlihat sedang lena tidur dengan 
berselimut, manakala Kim masih belum bersedia untuk tidur dan
belum menanggalkan solekan di wajahnya.

Kanye tidak menyedari aksi tidurnya telah dirakam oleh isteri melalui
gambar selfie tersebut.

Pasangan itu kelihatan kepenatan selepas pulang daripada menghadiri 
parti ulang tahun rakan mereka di sebuah kelab malam di pulau tersebut.


KONGSI KEPADA RAKAN

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI: